Search

Permainan Tradisi Yang Patut Dimainkan Semula Bersama Anak

Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak kita, kita akan berkumpul setiap petang di padang, halaman rumah mahupun taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan.

Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan di gajet anak-anak pada masa kini, ianya tetap menghiburkan dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah buat kita, bukan?


1. TINGTING

Sebagaimana yang kita semua tahu, tingting merupakan permainan tradisional yang sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi.

Bermain tingting dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak sekaligus menguatkan lagi otot mereka kerana mereka perlu mengawal dan menyeimbangkan badan mereka untuk melompat ke dalam kotak-kotak tingting tanpa terjatuh.




2. LOMPAT TIKUS

Permainan lompat tikus ini memerlukan pergerakan berlari, melompat dan juga merangkak bagi melepasi halangan tangan serta kaki dua orang rakan sepermainan.

Melalui pergerakan-pergerakan dalam permainan ini, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak.




3. LOMPAT GETAH

Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah sememangnya melegakan. Tetapi apabila ketinggian ditingkatkan, kita pasti memikirkan teknik terbaik untuk melakukan lompatan di atas rantaian gelang getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh untuk mendapatkan impak lompatan yang tinggi bagi melepasi gelang getah.

Pasti seronok jika kita dapat bermain permainan lompat getah ini bersama anak. Pergerakan dalam permainan ini dapat melatih kemahiran motor kasar anak dan membantu anak untuk membina otot yang lebih mantap.

Jika dahulu kita menggunakan rantaian gelang getah untuk bermain lompat getah, kini anak-anak boleh bermain lompat getah dengan menggunakan ‘skipping rope’.



0 views
Copy of (88cm x 77cm) SSBK_StairsLower.p